top of page
Logo MPP PKS-1.png

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK KUCHING SARAWA
K

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah 31 orang pemimpin pelajar yang merangkumi 7 orang ahli Majlis Tertinggi serta 24 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang dipilih oleh pelajar menerusi Pilihan Raya Kampus yang diadakan setiap tahun serta dilantik oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.

 

MPP juga merupakan badan kepimpinan/perwakilan pelajar tertinggi di Politeknik Kuching Sarawak serta mewakili suara pelajar dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi PKS, selain menjadi antara badan yang aktif menganjurkan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar sama ada di dalam atau dikampus.

 

Yang Di-Pertua MPP PKS, yang mengetuai kepimpinan MPP untuk PKS adalah ahli kepada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti Kebangsaan (Politeknik/Kolej Komuniti seluruh Malaysia). 

PILIHAN RAYA KAMPUS 
PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 

Pemilihan MPP adalah dibuat melalui proses pilihan raya di kalangan pelajar. Penganjuran Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di peringkat Politeknik adalah menepati peraturan dan kaedah-kaedah di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau Akta 174.

 

Pemilihan melalui pengundian dan pengiraan undi dilaksanakan bagi memastikan perwakilan pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi sesi tahun lantikan semasa adalah terdiri dari kalangan yang benar-benar terpilih oleh pelajar dan mendapat sokongan majoriti.

 

Pihak yang diberi tanggungjawab mengendalikan program ini dinamakan sebagai Sekretariat Pilihan Raya Kampus (SPRK) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pelajar berdaftar PKS untuk mengundi pada tarikh yang ditetapkan institusi. 

bottom of page