top of page
MUHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ROMMEL (2).jpg

PERUTUSAN YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

 Assalammualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera dan salam Poliku Sayang Tanggungjawabku.

​

 Sebagai satu wadah perantara antara pelajar dan warga PKS,maklumat ini dijangka dapat membantu mereka mengenali Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching dengan lebih dekat lagi.

​

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah merupakan satu badan kepimpinan pelajar yang menjadi suara serta wakil kepada semua pelajar di Politeknik Kuching Sarawak.

Penubuhan MPP adalah berdasarkan kepada kaedah di bawah Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

​

Visi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching iaitu menuju ke arah memperkasakan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak sebagai peneraju utama badan kepimpinan yang berintegriti dan berketerampilan yang bertaraf global. MPP PKS  telah membantu menyuarakan suara pelajar kepada pihak pengurusan dan mengadakan aktivti kepimpinan untuk para pelajar di Politeknik Kuching. Program kepimpinan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkepimpinan serta berwibawa. Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar juga berperanan menjadi penghubung antara organisasi  di Politeknik Kuching terutama dalam penganjuran sesebuah program serta memperluaskan jaringan komunikasi dengan institusi luar.  

​

Akhir kata, saya berharap laman ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan  menjadi sumber maklumat kepada pelajar dan warga PKS yang melayarinya dan disamping dapat memberi input yang berguna kepada masyarakat tentang peranan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching.

 

Wabilahi Taufik Wal Hidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

 

Sekian terima kasih.  

​​

​

MUHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ROMMEL 

YANG DI-PERTUA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2023

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

bottom of page