top of page
WhatsApp Image 2020-03-15 at 21.13.21 (1

Buletin Aktiviti Tahun 2020

IMG-20200119-WA0038.jpg

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN IKRAR MPP SESI 2019/2020

Pada 17 Januari 2020 bersamaan dengan hari Jumaat, satu majlis yang cukup bermakna telah diadakan yakni Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP 2019/2020 kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak bagi sesi 2019/2020. Majlis ini telah berlansung di Bilik Mesyuarat PKS dan telah dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah serta para Ketua Jabtan Politeknik Kuching Sarawak.  Jadi, dengan rasminya sebanyak 22 orang para Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) telah diberikan amanat dan kepercayaan untuk menggalas segala tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berhemah tinggi. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengingatkan setiap para Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) agar menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan tulus kerana mereka adalah merupakan tonggak utama dalam menjaga kebajikan mahasiswa serta mahasiswi Politeknik Kuching Sarawak. Oleh itu, diharapkan segala urusan dipermudahkan untuk para MPP sesi 2019/2020 agar mereka dapat melakukan perubahan yang lebih positif dan melonjakkan imej Politeknik Kuching Sarawak ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

MPP TRAINING & LEADERSHIP PROGRAM

Pada 17/1/2020 - 19/1/2020 ,Barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) telah menyertai aktiviti "MPP TRAINING & LEADERSHIP PROGRAM( MTLC ) yang bertempat di Bilik Seminar UIDM Politeknik Kuching Sarawak dan Permai Beach Resort. Program ini telah berlansung selama tiga hari.  Aktiviti ini diiringi oleh seorang urusetia Politeknik Kuching Sarawak yang juga  selaku Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar  yakni Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)  yang baru dilantik selaku peserta program, membina jalinan kerjasama , ukhuwah serta semangat berpasukan yang jitu di kalangan peserta program . Selain itu juga , para peserta didedahkan serta diberi penerangan berkenaan aspek pengurusan organisasi serta acara/program pelajar bagi mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai penggerak badan kelab/persatuan di Politeknik Kuching Sarawak  dengan penuh berwibawa. Pada akhir program, para peserta dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan membentuk sebuah organisai MPP yang teguh.

PERKHIDMATAN KENDERAAN SEMPENA CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Program Perkhidmatan Kenderaan Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang telah dijalankan pada 23 dan 24 Januari 2020. Seramai 41 orang pelajar yang telah menggunakan perkhidmatan ini.

 

 Majlis Perwakilan Pelajar telah menjalankan satu inisiatif iaitu Program Perkhidmatan Kenderaan yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar dari segi aspek perkhidmatan pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dan Kuching Sentral (KS). Hal ini demikian dapat membantu kebajikan para pelajar yang mempunyai kesukaran dalam mencari pengangkutan atas faktor jauh dari kawasan bandar. Program ini juga telah membantu pelajar  dalam menjimatkan wang dan memastikan keselamatan pelajar agar lebih terjamin. Bagi mendapatkan maklumat pelajar- pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini, pihak MPP telah menyediakan borang permohonan secara atas talian hanya dengan mengimbas QR code yang telah disediakan  dan penyebaraan poster yang dimuatnaikan menerusi platform media sosial seperti Whatsapp, Instasgram dan Facebook Majlis Perwakilan Pelajar . Menerusi maklumat yang didapat melalui borang permohonan, kami menyediakan jadual perjalanan yang sesuai mengikut jumlah pelajar serta salinan tiket yang dilampirkan bagi yang memohon perkhidmatan ini. Pengangkutan yang diguna adalah pengangkutan rasmi PKS sama ada bas ataupun coaster. 

GOTONG-ROYONG MENGECAT TEMPAT LETAK KENDERAAN PELAJAR 

​

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan satu program gotong-royong mengecat tempat letak kenderaan pelajar pada 21 Februari 2020 bersamaan dengan hari Jumaat yang bertempat di sekitar kawasan Politeknik Kuching Sarawak.

​

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menambahbaikan fasiliti yang telah sedia ada bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar yang menuntut ilmu di sini. Selain itu, para MPP juga telah mendapat kerjasama dan bantuan tenaga kerja yang cukup memberangsangkan daripada Persatuan Unit Beruniform serta kelab daripada setiap jabatan bagi menjayakan program ini. Semua tugas yang diamanahkan telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pihak yang terlibat pada hari kejadian. Secara tidak lansung, progam ini turut mempamerkan bahawa aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mewujudkan sikap saling-menghormati, meningkatkan sikap toleransi dan mengukuhkan semangat kerjasama bekerja dalam satu kumpulan walaupun   sesebuah kumpulan terdiri daripada pihak persatuan serta kelab yang berlainan. Akhirnya, atas usaha yang jitu serta kerja keras yang diberikan oleh setiap pihak telah membuahkan hasil yang baik kerana program ini telah direalisasikan dengan jayanya. Oleh itu, diharapkan menerusi kejayaan perlaksanaan program ini dapat memberikan kepuasan kepada para pelajar terhadap fasiliti yang telah dibaikpulih dan jaminan terhadap keselesaan mereka.

​

#unitytowardsgreaterPKS
#mpppks

​

PROGRAM KURSUS PENDEK DAN LATIHAN ASAS PELAJAR PKS

Program Kursus Pendek dan Latihan Asas Pelajar Politeknik Kuching Sarawak telah diadakan pada 22 Februari sehinga 23 Februari 2020  yang bertempat di Bilik Kuliah dan Dewan Jubli Perak. Seramai 64 orang pelajar PKS telah mengikuti program ini. Generalisasinya, program kursus asas dan latihan pendek ini telah terbahagi kepada tiga jenis kursus yakni Kursus Adobe Photoshop, Kursus Komunikasi berkesan dan Kursus Pertolongan Cemas yang dilangsungkan secara serentak pada hari Sabtu dan Ahad .Secara amnya, Kursus Pertolongan Cemas diadakan selama sehari sahaja iaitu pada hari Sabtu manakala Kursus Adobe Photoshop dan Kursus Komunikasi Berkesan telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. 

​

Majlis Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program sebegini adalah bertujuan bagi mengukuhkan kemahiran dalam pelbagai kursus dan latihan dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Selain itu, tujuannya adalah untuk mencapai domain pembelajaran  iaitu  kemahiran dalam latihan-latihan asasa yang penting yang dapat dijadikan sebagai kegunaan pada masa akan datang. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang berkebolehan menguruskan sesuatu program dengan kemahiran yang dipelajari dalam kalangan siswa dan siswi di Politeknik Kuching Sarawak. Seterusnya, program ini juga merupakan satu kesinambungan kepada program yang pernah dianjurkann pada sebelum ini dengan kerjasama daripada pihak kolej Komuniti Kuching bagi menyediakan platform kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak untuk mengukuhkan kemahiran mereka.

​

SMART LEAD 4.0 2020

Majlis Perwakilan Pelajar serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan satu aktiviti “Smart Lead 4.0” yang berlangsung pada 13 hingga 15 Februari 2020
bertempat di Politeknik Kuching Sarawak(Dewan Jublui Perak Dan Bilik Rekreasi Blok D lelaki) dan Sumiran Eco Camp.
.

Program ini bermatlamat untuk mewujudkan hubungan kerjasama , mengukuhkan hubungan silaturahim dan menghasilkan satu resolusi kerjasama di antara kelab dan persatuan, unit berunifom, proksi, Asrama 805 serta Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.
.Program ini telah disertai oleh wakil-wakil setiap kelab dan persatuan, unit berunifom, Pembimbing Rakan Siswa(PRS), Jabatan Pergerakan Pusat Islam(JPPI), Jabatan Pengurusan Kolej Kediaman(JPKK), Asrama 805, Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Program ini telah berlangsung selama 3 hari di mana 1 hari di Politeknik Kuching Sarawak dan 2 hari 1 malam di Sumiran Eco Camp dan telah diiringi oleh penasihat Majlis perwakilan Pelajar yakni Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay. Banyak aktiviti-aktiviti secara berkumpulan telah dijalankan antaranya ialah Sarong Futsal,teambuilding,campfire,group presentation,Double Zipline Flying Fox dan Adventure Trail . Program "SMART LEAD 4.0 2020 (SMART LEADERSHIP ENHANCEMENT AND DEVELOPMENT) " merupakan satu program yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama di antara badan pelajar, kelab , dan persatuan di PKS bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pelajar PKS yang telah dirancang sepanjang tahun 2020. Program ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyuburkan keharmonian kelab dan persatuan pelajar yang ada di PKS.

​

Menerusi program ini,kepimpinan siswa diasah menerusi penyaluran input-input yang berguna berkenaan pengurusan aktiviti serta perkongsian berkenaan isu-isu semasa berkaitan pelajar PKS bersama-sama dengan Pengurusan Tertinggi PKS. Dari situ, jaringan kerjasama strategik Majlis Perwakilan Pelajar bersama kelab dan persatuan PKS dapat dwujudkan. Disamping itu, menerusi latihan bina pasukan atau "team building" yang turut disertakan sebagai antara pengisian program ini mampu merapatkan hubungan silaturahim dan membawa pesertanya untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.
 

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Mahathir Bin Mohd Kamin selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Encik Surdaryo Bin Hj.Osman selaku pemilik dan pengurus Kem Sumiran. 

PERTANDINGAN PENULISAN ESEI KREATIF PELAJAR PKS 2020

 

      Walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda negara kita pada masa ini namun bakat serta kemahiran para pelajar tetap perlu diasah dan oleh hal yang demikian,Majlis Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan satu program berbentuk pertandingan iaitu “Pertandingan Penulisan Esei Kreatif Pelajar PKS 2020” bagi menambah ilmu pengetahuan mereka.

 

Tarikh penyertaan adalah pada 22 sehingga 23 April manakala tarikh pertandingan adalah pada 24 sehingga 25 April 2020. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Kuching Sarawak(PKS) sesi Disember 2019. Tema bagi penulisan esei ini adalah “COVID-19” dan pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil serta menyerlahkan bakat terpendam para mahasiswa dan mahasiswi dalam penulisan esei. Selain itu, pertandingan ini juga berperanan bagi mengeratkan hubungan silaturahim barisan MPP dengan para pelajar di samping untuk memastikan kesinambungan para pelajar agar terus menimba ilmu pengetahuan walaupun sewaktu cuti.

​

PUSAT PENYIMPANAN BARANGAN PELAJAR SEMPENA CUTI AKHIR SEMESTER SEI DIS 2019

 

Ekoran pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) , Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak telah mengambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan pusat penyimpanan barangan pelajar sempena cuti akhir semester sesi Disember 2019. Faktor utama penyediaan perkhidmatan ini turut diambil kira atas dasar pergerakan yang terhad bagi para mahasiswa dan mahasiswi untuk mengangkut barang balik ke kediaman masing-masing. Para pelajar yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing atau yang masih terkandas di kamsis Politeknik Kuching Sarawak sejak dari hujung bulan Mac yang lepas tidak perlu bersusah payah untuk ulang-alik mengangkut barang ke kamsis.

 

Penyimpanan barang hanya dibenarkan untuk pelajar Kamsis Desa Serapi Politeknik Kuching Sarawak sahaja. Program ini berlansung pada 28 April sehingga 12 Mei 2020 dan terbahagi kepada 2 slot masa untuk beroperasi, iaitu pada pukul 4-6 petang dan 8-9:30 malam sahaja. Secara amnya, menerusi perlaksanaan program ini pihak MPP dapat membantu meringankan beban para pelajar dari segi penjimatan masa dan memastikan kesihatan serta penjarakkan sosial antara pelajar terkawal dengan sistematik. Program ini turut dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA (MALAYSIA PRIHATIN)

 

"Malaysia Prihatin" telah dipilih menjadi tema Hari Malaysia pada tahun ini. Walaupun pada masa kini kita semua sedang berjuang untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, namun semangat patriotik haruslah disemai dengan utuh dalam diri para mahasiswa dan mahasiswi agar terus memperingati setiap perjuangan serta pahit getir pejuang dalam membangunkan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan "Program Hari Malaysia (Malaysia Prihatin)" dengan berkolaborasi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Kelab dan Persatuan PKS yakni Kelab Wanderer, Kelab Debat dan Pengucapan Awam Poliku (KDPAP),Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman(JPKK), Jawatankuasa Pusat Pelajar Islam (JPPI) dan Unit Pembangunan Instruksional dan Pembangunan Multimedia serta Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK).

 

Program ini berlansung bermula dari tarikh 12 September, 15 September dan 16 September 2020 dan bertempat di sekitar kawasan Politeknik Kuching Sarawak sahaja iaitu di Dewan Jubli Perak dan padang. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkukuh jati diri bangsa,mematangkan pemikiran dan jiwa para pelajar dalam menghayati erti Hari Malaysia dan di samping memperluaskan jaringan sosial antara staf serta pelajar PKS. Pada dasarnya, pengisian program ini telah melibatkan lima jenis aktiviti yang dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri para mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Kuching Sarawak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah "Sayembara Mendeklamasikan Sajak", "Pertandingan Karaoke Patriotik","Pertandingan Video Kreatif", "Pertandingan Pengucapan Awam","Bacaan Yassin","Sukan Rakyat" dan senamrobik. Seramai 700 lebih orang mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat sepanjang program ini dijalankan. Aktiviti telah dilaksanakan menggunakan dua kaedah iaitu pertandingan secara atas talian dan pertandingan secara bersemuka .

Pertandingan Video Kreatif dan pertandingan Pengucapan Awam telah diadakan secara atas talian manakala pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak, Karaoke Hari Malaysia dan Sukan Rakyat telah diadakan secara bersemuka .Bagi kategori Sukan Rakyat, tiga pertandingan telah dijalankan  secara serentak iaitu pertandingan "Tarik Upih Kelapa", pertandingan "Lari Dalam Guni" dan pertandingan " Penalti Kain Sarung". Penyertaan ketiga-tiga pertandingan ini telah melibatkan 10 orang wakil setiap jabatan.

​

Akhir sekali, menjelang 16 September 2020, Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akedemik  Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yakni Encik Samsudin Bin Mohd Saleh. Keputusan bagi setiap pertandingan telah diumumkan dan penyampaian hadiah telah dilansungkan pada tarikh tersebut. Kesuluruhannya, program ini telah berjaya membangkitkan semangat patriotisme di antara kalangan para pelajar dan staf Politeknik Kuching Sarawak. 

POLYCARE4U COMMUNITY

 

Politeknik Kuching Sarawak telah digemparkan dengan sebuah tragedi kebakaran kediaman yang menyayat hati dimana tempat tinggal dua orang pelajar PKS yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam yakni saudari  Verceliza Beatrice Anak Ricky (semester 5) dan saudari Annysa Anak Gansol (semester 3) telah hangus separuh. Kejadian tersebut berlaku pada 16 September 2020 sekitar jam 5.13 petang.

​

Oleh hal yang demikian, pihak Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak, Yes! Politeknik Sukarelawan PKS dan Persatuan Alumni Politeknik Kuching telah mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan satu program amal bagi membantu keluarga pelajar PKS yang telah kehilangan tempat kediaman dalam kejadian kebakaran. Menurut sumber maklumat yang telah diberikan oleh kedua-dua pelajar tersebut, dikhabarkan bahawa kediaman mereka hampir separuh ranap dijilat api ketika kebakaran yang berpunca daripda litar pintas. Ekoran kejadian tersebut, PolyCare4U Community telah sebulat suara untuk menghulurkan bantuan dengan mengutip Derma Kilat dan memberi sumbangan dari segi pakaian serta makanan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Kutipan sumbangan Derma kilat telah dijalankan bermula 22 September 2020 sehingga 28 September 2020. Sehubungan dengan itu, tabung Derma Kilat telah diletakkan di setiap pejabat bagi setiap jabatan. Program ini telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2020 yang bertempat di Rumah Naga Rasau dan Rumah Jackson,Engkilili Sri Aman. Seramai 16 orang pelajar serta 8 orang pensyarah yang terlibat bagi menjayakan program ini. 

​

Selain itu, antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Polycare4U Community adalah seperti mengeluarkan barangan dari setiap deretan rumah  mangsa-mangsa di rumah panjang tersebut seperti logam, aluminium dan besi yang boleh dijual semula bagi memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit. Kaedah ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengatasi serba sedikit masalah kewangan mereka. Di samping itu, menerusi program ini juga pihak PolyCare4U Community dapat mewujudkan hubungan silaturahim, memupuk nilai-nilai murni, dan membentuk semangat bekerjasama di antara kalangan penduduk rumah panjang. Semua sumbangan yang telah dikumpulkan telah diberi kepada keluarga mangsa sekaligus dengan penduduk kampung rumah panjang tersebut. 

​

​

​

​

bottom of page